Bagi Arasy itu 360,000 tiang, setiap tiang itu adalah seperti 60,000 kali lebih besar daripada lapisan bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن للعرش ثلاثمائة وستين ألف قائمة، كل قائمة من قوائمه كأطباق الدنيا ستون ألف مرة _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya bagi arasy itu 360,000 tiang, setiap tiang itu adalah seperti 60,000 kali lebih besar daripada lapisan bumi…hingga akhir hadith.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 450, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: من لا يحتج به، وهو موضوع.

Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak boleh dijadikan hujah dan ia adalah palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon