Kita lebih berhak untuk berjabat tangan berbanding mereka

TEKS BAHASA ARAB

نحن أحق بالمصافحة منهم. يعني: العجم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kita lebih berhak untuk berjabat tangan berbanding mereka. Iaitu: bangsa selain Arab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن البراء – رضي الله عنه -، قال: لقيت رسول الله ﷺ فصافحني، فقلت: يا رسول الله كنت أحسب أن هذا من زي العجم فقال: «نحن أحق بالمصافحة منهم». [الروياني، عد، الدولابي، «الضعيفة» (6365)].

(Munkar) Daripada al-Bara’ RA, beliau berkata: Aku bertemu dengan Rasulullah ﷺ lalu baginda berjabat tangan denganku. Maka aku pun berkata: "Wahai Rasulullah, aku sangkakan bahawa ini merupakan sebahagian daripada adat bangsa selain Arab". Lalu baginda bersabda: "Kita lebih berhak untuk berjabat tangan berbanding mereka". [Riwayat al-Ruyani, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Dha‘Īfah, no. 6365].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs