TEKS BAHASA ARAB
اختنوا أولادكم يوم السابع؛ فإنها أطهر، وأسرع نباتاً للحم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Khatankanlah anak-anak kamu pada hari ketujuh, sesungguhnya ia adalah waktu yang paling suci, dan masa yang paling cepat bagi daging untuk menumbuh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis nombor 4801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي بن موسى الرضا عن آبائه عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((اختنوا أولادكم يوم السابع؛ فإنها أطهر، وأسرع نباتاً للحم)).
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3280)].
(Palsu)
Daripada Ali bin Musa al-Ridha daripada ayahnya daripada Nabi SAW: Khatankanlah anak-anak kamu pada hari ketujuh, sesungguhnya ia adalah waktu yang paling suci, dan masa yang paling cepat bagi daging untuk menumbuh.
[Riwayat Al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3280].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.