Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya

TEKS BAHASA ARAB

إِذا سميتموه محمدا فلا تجبهوه، ولا تحرموه، ولا تقبحوه، بورك في محمد، وفي بيت فيه محمد، ومجلس فيه محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya, mengharamkannya (menghalangnya daripada kebaikan dan ihsan), serta mencelanya, sesungguhnya akan diberkati pada (orang yang bernama) Muhammad, dan pada rumah yang ada Muhammad serta majlis yang ada Muhammad.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis nombor 4782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إِذا سميتموه محمدا فلا تجبهوه، ولا تحرموه، ولا تقبحوه، بورك في محمد، وفي بيت فيه محمد، ومجلس فيه محمد)).
[فر، ((الضعيفة)) (2574)].

(Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya, mengharamkannya (menghalangnya daripada kebaikan dan ihsan), serta mencelanya, sesungguhnya akan diberkati pada (orang yang bernama) Muhammad, dan pada rumah yang ada Muhammad serta majlis yang ada Muhammad.))
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2574].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs