Ketika mana pada hari kiamat, ahli hadith datang dan ditangan mereka ada bekas dakwat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان يوم القيامة جاء أصحاب الحديث بأيديهم المحابر فيأمر اللّه جبريل أن يأتيهم فيسألهم وهو أعلم بهم. فيقول: من أنتم؟ فيقولون: نحن أصحاب الحديث، فيقول اللّه تعالى. ادخلوا الجنّةَ على ما كان منكم طالما كنتم تصلون على نبي في الدّنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Pada hari kiamat, ahli hadith datang dan ditangan mereka ada bekas dakwat. Lalu Allah SWT memerintahkan jibril untuk pergi kepada mereka dan bertanya kepada mereka sedangkan Dia yang paling mengetahui berbanding mereka. Allah berfirman : siapakah kamu? Mereka menjawab: kami ahli hadith. Lantas Allah SWT berfirman: masuklah syurga dengan apa yang kamu lazimi iaitu berselawat kepada Nabi SAW di ketika di dunia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 291-292, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الخطيب: موضوع. قال في الميزان: وضع هذا الحديث.

Al-Khatib berkata: hadith ini palsu. Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan Hadith ini direka.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs