TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا فرغ أحدكم فلا يكتب عليه بلغ فإنّ بلغ اسم الشّيطان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila kamu selesai daripada menulis janganlah ditulis padanya perkataan balagha kerana ianya adalah nama Syaitan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 291, hadis nombor 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أبي هريرةَ مرفوعا، وهو موضوع.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ sedangkan hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.