TEKS BAHASA ARAB
حديث: لما فتح الله على نبيه خيبر أصابه من سهمه أربعة أزواج نعال وأربعة أزواج خفاف، وعشرة أواني ذهب وفضة وحمار أسود. فقال للحمار: ما اسمك؟ فقال: يزيد بن شهاب إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Ketika Allah membukakan Khaibar untuk nabi-Nya, Baginda mendapat anugerah-Nya yang berupa daripada empat pasang selipar, empat pasang khuf, sepuluh bekas emas dan perak serta keldai hitam. Baginda bertanya kepada keldai itu: Apakah namamu? Dia berkata: Yazid bin Syihab…sehingga akhir hadith.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 324, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان، وهو موضوع.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban, ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.