Kematian orang alim menjadi rekahan pada Islam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

موت العالم ثلمة في الإسلام؛ لا تسد ما اختلف الليل والنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian orang alim menjadi rekahan pada Islam, ia tidak akan boleh ditutupi selagi malam dan siang bersilih ganti.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1346 – 1347, hadis nombor 6882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعاً: موت العالم ثلمة في الإسلام؛ لا تسد ما اختلف الليل والنهار.
[البزار، فر، ((الضعيفة)) (4668)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kematian orang alim menjadi rekahan pada Islam, ia tidak akan boleh ditutupi selagi malam dan siang bersilih ganti.
[Riwayat al-Bazzar dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4668]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.