Mati dalam keadaan berihram, dia dihimpunkan dalam keadaan bertalbiah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من مات محرماً؛ حشر ملبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam keadaan berihram, dia dihimpunkan dalam keadaan bertalbiah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1346, hadis nombor 6880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: من مات محرما؛ حشر ملبيا.
[خط، ((الضعيفة)) (4660)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mati dalam keadaan berihram, dia dihimpunkan dalam keadaan bertalbiah.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadidalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4660]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.