Keluarnya al-Dabbah dan ada bersamanya tongkat Musa AS serta cincin Sulaiman AS

TEKS BAHASA ARAB

تخرج الدابة، ومعها عصى موسى عليه السلام، وخاتم سليمان عليه السلام، فتخطم الكافر بالخاتم، وتجلو وجه المؤمن بالعصا، حتى إن أهل الخوان ليجتمعون على خوان، فيقول هذا: يا مؤمن، ويقول هذا: يا كافر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelak akan keluarnya al-Dabbah dan ada bersamanya tongkat Musa AS serta cincin Sulaiman AS. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan cincin tersebut dan menyingkap wajah orang beriman dengan menggunakan tongkat, sehingga ketika orang-orang berkumpul di meja makan, lalu mereka berkata ini: Wahai mukmin! dan yang ini pula berkata: Wahai kafir!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1308, hadis nombor 6683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تخرج الدابة، ومعها عصى موسى عليه السلام، وخاتم سليمان عليه السلام، فتخطم الكافر بالخاتم، وتجلووجه المؤمن بالعصا، حتى إن أهل الخوان ليجتمعون على خوان، فيقول هذا: يا مؤمن، ويقول هذا: يا كافر.
[الطيالسي، حم، ت، هـ، الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1108)].

(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kelak akan keluarnya al-Dabbah dan ada bersamanya tongkat Musa AS serta cincin Sulaiman AS. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan cincin tersebut dan menyingkap wajah orang beriman dengan menggunakan tongkat, sehingga ketika orang-orang berkumpul di meja makan, lalu mereka berkata ini: Wahai mukmin! dan yang ini pula berkata: Wahai kafir!
[Riwayat al-Tayalisi, Ahmad dalam Musnadnya, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Tha'labi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1108].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs