Umatku akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan dan semuanya berada dalam syurga kecuali Zindiq

TEKS BAHASA ARAB

تفترق أمتى على بضع وسبعين فرقة، كلها في الجنة، إلا فرقة واحدة وهي الزنادقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelak umatku akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan. Kesemua mereka berada dalam syurga kecuali sebuah kumpulan iaitu Zindiq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1308 – 1309, hadis nombor 6684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: تفترق أمتى على بضع وسبعين فرقة، كلها في الجنة، إلا فرقة واحدة وهي الزنادقة.
[عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (1035)].

(Palsu dengan lafaz ini)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelak umatku akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan. Kesemua mereka berada dalam syurga kecuali sebuah kumpulan iaitu Zindiq.
[Riwayat al-'Uqaili, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1035].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs