Kelebihan ahli ibadah yang beribadah pada usia mudanya seperti kelebihan para Rasul ke atas seluruh manusia

TEKS BAHASA ARAB

فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقاً، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan ahli ibadah yang beribadah pada usia mudanya ke atas orang tua yang beribadah setelah tua usianya, sama seperti kelebihan para Rasul ke atas seluruh manusia. Allah berkata kepada pemuda yang beriman dengan Qadar-Ku, reda dengan Kitab-Ku, yang merasa cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku: "Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku". Dan kepada pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, beramal dengan ketaatan kepada Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq. Dan kelebihan anak muda yang kuat beribadah ke atas seorang tua yang beribadah setelah usianya tua, sama seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh para Nabi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis nombor 355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقاً، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين)). [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (4006)].

(Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Kelebihan ahli ibadah yang beribadah pada usia mudanya ke atas orang tua yang beribadah setelah tua usianya, sama seperti kelebihan para Rasul ke atas seluruh manusia. Allah berkata kepada pemuda yang beriman dengan Qadar-Ku, reda dengan Kitab-Ku, yang merasa cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku: "Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku". Dan kepada pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, beramal dengan ketaatan kepada Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq. Dan kelebihan anak muda yang kuat beribadah ke atas seorang tua yang beribadah setelah usianya tua, sama seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh para Nabi.))
[Riwayat Ibn Syahin dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4006].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs