Kelebihan orang yang berjalan di belakang jenazah berbanding orang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardu ke atas solat sunat

TEKS BAHASA ARAB

فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan orang yang berjalan di belakang jenazah berbanding orang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardu ke atas solat sunat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis nombor 356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – رفعه: ((فضل الماشي خلف الجنازة على الماشي أمامها؛ كفضل المكتوبة على التطوع)). [فر، ((الضعيفة)) (4008)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ali bin Abi Talib RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kelebihan orang yang berjalan di belakang jenazah berbanding orang yang berjalan di hadapan jenazah adalah seperti kelebihan solat fardu ke atas solat sunat.))
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4008].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.