Kamu tidak mengetahui. Boleh jadi dia selalu berbicara perkara yang tidak bermanfaat kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وما يدريك لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه ويمنع مالا يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu tidak mengetahui. Boleh jadi dia selalu berbicara perkara yang tidak bermanfaat kepadanya dan menghalang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 76, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 13/ 1) والطحاوي في المشكل (3/ 154) من طريق عبد الرحمن [وقع عند الطحاوىء: عبد الله وهو خطأ بن صالح الأزدي ثنا يحيى بن يعلى الأسلمي عن الأعمش عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: استشهد غلام منا يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع، فمسحت أمه التراب عن وجهه، وقالت؛ هنيء لك يا بني الجنة!، فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف لأمرين: الأول: يحيى بن يعلى ضعفه أبو حاتم. وقال البخاري: مضطرب الحديث. وقال ابن معين: ليس بشيء. لكنه توبع تابعه حفص بن غياث عن الأعمش به نحوه. أخرجه الترمذي (2316) من طريق عمر بن حفص عن أبيه قال: هذا حديث غريب. والثاني. أنه لا يصح للأعمش لقاء بأنس، إنما رآه فقط كما قال ابن المديني. ومن الغرائب قول الأعمش: رأيت أنس بن مالك وما منعني منه إلا استغنائي بأصحابي. فهذا قول غريب من الأعمش، فإن ابن عبد البر في الجامع : ليس بالقوي. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 13/1) dan al-Tahawi dalam al-Mushkil (3/154) melalui sanad 'Abdul Rahman (tertulis dalam riwayat al-Tahawi: "Abdullah", ianya suatu kesilapan) bin Soleh al-Azdi, katanya Yahya Ibn Ya'la al-Aslami telah menceritakan kepada kami daripada al-A'mash daripada Anas bin Malik RA, katanya: “Seorang budak dalam kalangan kami telah syahid pada hari Uhud, lalu di dapati pada perutnya ada sebiji batu yang diikat kerana lapar. Ibunya pun menyapu tanah daripada wajahnya seraya berkata: "Beruntunglah kamu, wahai anak syurga!". Lalu Nabi SAW pun bersabda……beliau pun menyebutkan hadith itu”.
Saya berkata: Sanad ini dha’if kerana dua sebab; Pertama: Yahya bin Ya'la telah dinilai dha’if oleh Abu Hatim. Al-Bukhari berkata: "Mudhtarib al-Hadith". Ibn Ma'in pula berkata: "Beliau tidak ada nilai". Namun, beliau telah disokong oleh Hafs bin Ghiyath daripada al-A'mash dengan sanad tersebut seumpama hadith itu. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2316) melalui sanad 'Umar bin Hafs daripada ayahnya. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith yang gharib".
Kedua: Tidak sahih pertemuan al-A'mash dengan Anas. Beliau hanya pernah melihatnya sahaja sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn al-Madini. Antara perkara pelik adalah al-A'mash berkata: "Saya pernah melihat Anas bin Malik. Tidak ada yang menegah saya meriwayatkan daripada beliau melainkan saya merasa sudah cukup dengan ashab saya". Ini adalah suatu kata-kata yang ganjil daripada al-A'mash, kerana meriwayatkan hadith daripada sahabat yang tinggi sanadnya adalah sangat dikehendaki oleh seorang muhaddith. Apa pun keadaan, al-A'mash RH tidak akan meninggalkan. Ibn 'Abdil al-Bar berkata dalam al-Jami': "Beliau tidak kuat". Wallahua’lam

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.