Kamu telah berjaya wahai Qudaim jika kamu mati

TEKS BAHASA ARAB

أفلحت يا قديم إن مت ولم تكن أميرا ولا كاتبا ولا عريفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu telah berjaya wahai Qudaim jika kamu mati dan kamu tidak menjadi seorang pemimpin, penulis ataupun seorang yang berilmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 770, hadis nombor 3938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن صالح بن يحيى بن المقدام عن جده المقدام بن معديكرب -رضي الله عنه – عنه – أن رسول الله ﷺ ضرب على منكبه ثم قال له: «أفلحت يا قديم إن مت ولم تكن أميرا ولا كاتبا ولا عريفا». [د، حم، ابن عساكر، «الضعيفة» (1133)]

(Lemah) Daripada Soleh bin Yahya bin al-Miqdam dari datuknya al-Miqdam bin Ma’dikarib RA bahawa Rasulullah SAW menepuk bahunya kemudian bersabda kepadanya: “Kamu telah berjaya wahai Qudaim jika kamu mati dan kamu tidak menjadi seorang pemimpin, penulis ataupun seorang yang berilmu.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, Ahmad dalam Musnad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1133]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs