Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat dengan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب الناس إلى الله يوم القيامة، وأدناهم منه مجلسا؛ إمام عادل، وأبغض النّاس إلى الله وأبعدهم منه مجلسا؛ إمام جائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat dengan-Nya ialah pemimpin yang adil. Orang yang paling dibenci oleh Allah dan yang paling jauh dengan-Nya ialah pemimpin yang zalim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 771, hadis nombor 3939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ : «إن أحب الناس إلى الله يوم القيامة، وأدناهم منه مجلسا؛ إمام عادل، وأبغض الناس إلى الله وأبعدهم منه مجلسا؛ إمام جائر». [ت، حم، طس، حل، السلفي في «الطيوريات»، «الضعيفة» (1156)]

(Lemah) Daripada Abu Said RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat dengan-Nya ialah pemimpin adil. Orang yang paling dibenci oleh Allah dan yang paling jauh dengan-Nya adalah pemimpin yang zalim.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Silafi dalam al-Tuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1156]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs