Kami dahulu pada zaman Rasulullah ﷺ, sedikit sekali kami dapat memperolehi makanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنا زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه، لم يكن لنا مناديل، إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami dahulu pada zaman Rasulullah ﷺ, sedikit sekali kami dapat memperolehi makanan. Apabila kami mendapati makanan, kami tidak memiliki sapu tangan. Kami hanya ada tapak tangan, lengan dan kaki kami, lalu kami menunaikan solat tanpa berwuduk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 326, hadis nombor 1715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: ((كنا زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه، لم يكن لنا مناديل، إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ)). [هـ، ((الضعيفة)) (5675)].

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdillah RA, dia telah berkata: Kami dahulu pada zaman Rasulullah ﷺ, sedikit sekali kami dapat memperolehi makanan. Apabila kami mendapati makanan, kami tidak memiliki sapu tangan. Kami hanya ada tapak tangan, lengan dan kaki kami, lalu kami menunaikan solat tanpa berwuduk. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5675].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.