Seorang lelaki membaca ayat sujud sajdah di samping Nabi ﷺ, maka Nabi ﷺ pun sujud

TEKS BAHASA ARAB

كنت إماما، فلو سجدت، سجدت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu adalah imam. Jika kamu sujud, nescaya aku sujud.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 326, hadis nombor 1716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء بن يسار: أن رجلا قرأ عند النبي صلى الله عليه وسلم السجدة، فسجد النبي صلى الله عليه وسلم، ثم قرأ آخر عنده السجدة، فلم يسجد النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يارسول الله! قرأ فلان عندك السجدة فسجدت، وقرأت عندك السجدة فلم تسجد، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((كنت إماما، فلو سجدت، سجدت)). [الشافعي في ((مسنده))، هق، ((الضعيفة)) (5605)].

(Lemah) Daripada ‘Ata’ bin Yasar, bahawa seorang lelaki membaca ayat sujud sajdah di samping Nabi ﷺ, maka Nabi ﷺ pun sujud. Kemudian seorang yang lain membaca ayat sujud sajdah di samping baginda, namun Nabi ﷺ tidak pula bersujud. Dia bertanya: “Wahai Rasulullah, si polan membaca ayat sujud sajdah lalu kamu sujud. Namun aku membaca ayat sujud sajdah, namun kamu tidak sujud.” Maka Nabi ﷺ menjawab: “Kamu adalah imam. Jika kamu sujud, nescaya aku sujud.” [Riwayat Al-Shafi’i dalam al-Musnad dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5605].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs