Kalian tidak menolak dengan buruk apabila kalian telah jelaskan dengan jujur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أسأتم الرد إذ أفصحتُم بالصدق، إنه لا يقوم بدين الله إلا من حاطه من جميع جوانيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalian tidak menolak dengan buruk apabila kalian telah jelaskan dengan jujur. Sesungguhnya tidak (ada yang) menegakkan agama Allah melainkan mereka yang mengambilnya daripada segenap sudut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234-237, hadis nombor 1242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: حدثني علي ابن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: لما أمر الله – عز وجل – نبيه ﷺ أن يعرض نفسه على قبائل العرب؛ خرج وأنا معه وأبو بكر إلى منى، حتى دفعنا إلى مجلس من مجالس العرب، فتقدم أبو بكر فسلم، وكان أبو بكر مقدماً في كل حين، وكان رجلا نسابة، فقال: ممن القوم؟!… الحديث بطوله في عدة صفحات، وفيه أنهم لقوا قوماً من بني شيبان، وأن النبي ﷺ دعاهم إلى الإسلام، وإلى نصرته، وأنهم استحسنوا دعوته، واعتذروا عن المبادرة إلى الاستجابة؛ لسبب ذكروه… فقال ﷺ: «ما أسأتم الرد إذ أفصحتُم بالصدق، إنه لا يقوم بدين الله إلا من حاطه من جميع جوانيه». [أبو نعيم في «دلائل النبوة»، «الضعيفة» (6457)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Ali bin Abi Talib RA telah menceritakan kepadaku, beliau berkata: Ketika Allah Azzawajalla mengarahkan Nabi-Nya ﷺ untuk menawarkan dirinya kepada kabilah-kabilah Arab, baginda keluar bersama aku dan Abu Bakr menuju ke Mina. Sehinggalah kami sampai ke sebuah majlis daripada majlis-majlis golongan Arab. Kemudian Abu Bakr maju ke depan lantas memberikan salam. Abu Bakr merupakan orang yang (sentiasa) terkedepan dalam setiap ketika dan beliau merupakan pakar ilmu nasab keturunan. Lalu beliau berkata: “Kalangan siapakah kaum ini? …” (lalu disebutkan) hadis ini dengan panjangnya sehingga beberapa muka surat. Dalam hadis ini juga (disebutkan) bahawa mereka bertemu dengan satu kaum daripada kalangan Bani Shayban dan Nabi ﷺ telah mengajak mereka kepada Islam serta membantu baginda. Kaum tersebut menyambut baik akan ajakan tersebut, namun mereka memohon keuzuran untuk menyambutnya dengan segera kerana sebab yang mereka telah nyatakan. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Kalian tidak menolak dengan buruk apabila kalian telah jelaskan dengan jujur. Sesungguhnya tidak (ada yang) menegakkan agama Allah melainkan mereka yang mengambilnya daripada segenap sudut”. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6457].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.