Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) kepada orang yang bersin, nescaya dia akan diberikan kesihatan daripada sakit pinggang dan gigi gerahamnya tidak akan sakit buat selama-lamanya

TEKS BAHASA ARAB

من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) kepada orang yang bersin, nescaya dia akan diberikan kesihatan daripada sakit pinggang dan gigi gerahamnya tidak akan sakit buat selama-lamanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis nombor 1243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا». [طس، «الضعيفة» (6139)].

(Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) kepada orang yang bersin, nescaya dia akan diberikan kesihatan daripada sakit pinggang dan gigi gerahamnya tidak akan sakit buat selama-lamanya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6139].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs