Jika tidak kerana engkau, Aku tidak ciptakan syurga

TEKS BAHASA ARAB

لولاك ما خلقت الجنة، ولولاك ما خلقت النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Jika tidak kerana engkau, Aku tidak ciptakan syurga dan jika tidak kerana engkau aku tidak akan menciptakan neraka”.

STATUS

Warid

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 154, hadis nombor 453. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

بل ورد: لولاك مَا خلقت الْجنَّة، ولولاك مَا خلقت النَّار.

Bahkan warid: “Jika tidak kerana engkau, Aku tidak ciptakan syurga dan jika tidak kerana engkau aku tidak akan menciptakan neraka”.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.