Sekiranya ditimbang rasa takut dan rasa mengharap seorang mukmin, pasti kedua-duanya seimbang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو وزن خوف المؤمن ورجاؤه لاعتدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sekiranya ditimbang rasa takut dan rasa mengharap seorang mukmin, pasti kedua-duanya seimbang".

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 154, hadis nombor 455. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لَو وزن خوف الْمُؤمن ورجاؤه لاعتدلا. لَا أصل لَهُ فِي الْمَرْفُوع.

Hadith: “Sekiranya ditimbang rasa takut dan rasa mengharap seorang mukmin, pasti kedua-duanya seimbang". Tiada asalnya secara marfu” (disandarkan kepada Nabi).

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs