Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقع في الرجل وأنت في ملإ، فكن للرجل ناصرا، وللقوم زاجرا، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: {أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه} [الحجرات: 12].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang lelaki diperkatakan (diumpat) dan kau berada di dalam rombongan itu maka jadilah untuk lelaki itu sebagai penolong dan untuk kaum itu sebagai penghalang atau hadapilah mereka. Kemudian bacalah ayat ini, firman Allah SWT: “Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya". [Surah al-Hujurat: 12]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1573, hadis nombor 7961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا وقع في الرجل وأنت في ملإ، فكن للرجل ناصرا، وللقوم زاجرا، أو قم عنهم. ثم تلا هذه الآية: {أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه} [الحجرات: 12])). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت)) و((الغيبة))، ((الضعيفة)) (7003)].

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Jika seorang lelaki diperkatakan (diumpat) dan kau berada di dalam rombongan itu maka jadilah untuk lelaki itu sebagai penolong, dan untuk kaum itu sebagai penghalang atau hadapilah mereka. Kemudian bacalah ayat ini, firman Allah SWT: “Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya". [Surah al-Hujurat: 12] [Riwayat Ibn Abu Dunia dalam Kitab al-Samt dan Kitab al-Ghibah, lihat Silsilah al-Daifah, no.7003].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.