Jika salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: ‘Segala puji bagi Allah yang telah melebihkan aku ke atasmu

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: ‘Segala puji bagi Allah yang telah melebihkan aku ke atasmu, dan juga ke atas hamba-hambanya yang ramai.’ Maka jika dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut.

STATUS

Hadis ini dengan lafaz syukur ke atas nikmat adalah munkar. Manakala doa tersebut datang dalam riwayat sahih yang lain.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768-1769, hadis nombor 8903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة: ((الشكر))) عن أبي هريرة -رضلى الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة)). [عد، طس، طص، هب،، البزار، الخرائطي في ((قضيلة الشكر))، ((الضعيفة)) (6889)].

(Munkar dengan adanya ayat: Syukur)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda: ((Jika salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: ‘Segala puji bagi Allah yang telah melebihkan aku ke atasmu, dan juga ke atas hamba-hambanya yang ramai.’ Maka jika dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Saghir dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Bazzar, dan al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Syukr. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6889].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.