Jika kamu semua telah sempurna mengebumikan aku, dan menyiram air ke atas kuburku, maka berdirilah atas kuburku serta menghadap kiblat lalu berdoalah untukku

TEKS BAHASA ARAB

عن الحكم بن الحارث السلمي أنه غزا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث غزوات، قال: قال لنا: ((إذا دفنتموني، ورششتم على قبري الماء؛ فقوموا على قبري، واستقبلوا القبلة، وادعوا لي))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Sulami: Sesungguhnya beliau berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tiga peperangan. Beliau berkata: Baginda berkata pada kami: ((Jika kamu semua telah sempurna mengebumikan aku, dan menyiram air ke atas kuburku, maka berdirilah atas kuburku serta menghadap kiblat lalu berdoalah untukku.))

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis nombor 8904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحكم بن الحارث السلمي أنه غزا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث غزوات، قال: قال لنا: ((إذا دفنتموني، ورششتم على قبري الماء؛ فقوموا على قبري، واستقبلوا القبلة، وادعوا لي)). [طب، ((الضعيفة)) (6649)].

(Munkar)
Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Sulami: Sesungguhnya beliau berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tiga peperangan. Beliau berkata: Baginda berkata pada kami: ((Jika kamu semua telah sempurna mengebumikan aku, dan menyiram air ke atas kuburku, maka berdirilah atas kuburku serta menghadap kiblat lalu berdoalah untukku.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6649].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.