Jika salah seorang daripada kalian menanggalkan kasutnya untuk solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا خلع أحدكم نعليه في الصلاة، فلا يجعلهما بين يديه فيأتم بهما، ولا من خلفه، فيأتم بهما أخوه المسلم، ولكن ليجعلهما بين رجليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang daripada kalian menanggalkan kasutnya untuk solat, maka janganlah dia meletakkan kedua-dua kasutnya itu di hadapannya lalu dia berimamkan dengan kedua-dua kasutnya, dan janganlah juga dia meletakkannya di belakangnya, lalu saudaranya yang muslim berimamkan dengan kedua-dua kasutnya, akan tetapi hendaklah dia letakkan kedua-dua kasutnya itu di antara dua kakinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 348, hadis nombor 1836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي بكرة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا خلع أحدكم نعليه في الصلاة، فلا يجعلهما بين يديه فيأتم بهما، ولا من خلفه، فيأتم بهما أخوه المسلم، ولكن ليجعلهما بين رجليه)).
[طص، ((الضعيفة)) (986)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Bakrah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Jika salah seorang daripada kalian menanggalkan kasutnya untuk solat, maka janganlah dia meletakkan kedua-dua kasutnya itu di hadapannya lalu dia berimamkan dengan kedua-dua kasutnya, dan janganlah juga dia meletakkannya di belakangnya, lalu saudaranya yang muslim berimamkan dengan kedua-dua kasutnya, akan tetapi hendaklah dia letakkan kedua-dua kasutnya itu di antara dua kakinya.
[Riwayat al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Saghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 986]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.