TEKS BAHASA ARAB
إذا سمعتم النداء فقوموا؛ فإنها عزمة من الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kalian mendengar seruan (azan) maka bangunlah; kerana sesungguhnya seruan itu ialah satu hak daripada Allah SWT.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 348, hadis nombor 1837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا سمعتم النداء فقوموا؛ فإنها عزمة من الله)).
[حل، ((الضعيفة)) (711)]
(Palsu) Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kalian mendengar seruan (azan) maka bangunlah; kerana sesungguhnya seruan itu ialah satu hak daripada Allah SWT.
[Riwayat Abū Nu'aim dalam Kitab al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 711]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.