Jika kamu diuji untuk melaksanakan penghakiman antara orang Islam

TEKS BAHASA ARAB

إذا ابتلي أحدكم بالقضاء بين المسلمين، فلا يقض وهو غضبان، وليسو بينهم في النظر والمجلس والإشارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu diuji untuk melaksanakan penghakiman antara orang Islam, maka janganlah dia membuat penghakiman jika dia dalam keadaan marah, dan hendaklah dia menyamaratakan antara mereka termasuk dalam perbicaraan, persidangan dan juga sebutan, dan janganlah dia mengangkat suara ke atas satu pihak berbanding pihak lain.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis nombor 4255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة -رضي الله عنها- زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا ابتلي أحدكم بالقضاء بين المسلمين، فلا يقض وهو غضبان، وليسو بينهم في النظر والمجلس والإشارة، ولا يرفع صوته على أحد الخصمين فوق الآخر)).
[ع، ((الضعيفة)) (2195)]

(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu diuji untuk melaksanakan penghakiman antara orang Islam, maka janganlah dia membuat penghakiman jika dia dalam keadaan marah, dan hendaklah dia menyamaratakan antara mereka termasuk dalam perbicaraan, persidangan dan juga sebutan, dan janganlah dia mengangkat suara ke atas satu pihak berbanding pihak lain.
[Riwayat Abū Ya’lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2195]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs