TEKS BAHASA ARAB
كان ﷺ إذا توضأ، فضل ماء حتى يسيله على موضع سجوده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, baginda suka melebihkan air sehingga baginda menumpahkannya di tempat sujudnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis nombor 6095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن الحسن بن علي رضي الله عنهما، قال: كان ﷺ إذا توضأ، فضل ماء حتى يسيله على موضع سجوده.
[طب، ابن عساكر، ((الضعيفة))، 2150]
(Lemah)
Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berwuduk, baginda suka melebihkan air sehingga baginda menumpahkannya di tempat sujudnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2150]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.