Jika ini (perut buncit) bukan di sini, ia adalah lebih baik bagi kamu

TEKS BAHASA ARAB

‌لو كان هذا في غير هذا؛ لكان خيراً لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ini (perut buncit) bukan di sini, ia adalah lebih baik bagi kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis nombor 3231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعدة – رضي الله عنه -، قال: سمعتُ النبي – صلى الله عليه وسلم- ورأى رجلا سمينا؛ فجعل النبي – صلى الله عليه وسلم- يومىء إلى بطنه بيده، ويقول: ((لو كان هذا في غير هذا؛ لكان خيرا لك)). [الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (1131، 4861)].

(Lemah)
Daripada Ja’dah RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika Baginda melihat seorang lelaki yang gemuk, sambil Nabi SAW menunjukkan kepada perutnya dengan tangan Baginda seraya berkata: ((Jika ini (perut buncit) bukan di sini, ia adalah lebih baik bagi kamu.))
[Riwayat al-Tayalasi dalam Musnad, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1131,4861].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs