TEKS BAHASA ARAB
أيها الناس! أما تستحون؟! تجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون، وتبنون ما لا تعمرون!.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Manusia! Tidakkah kamu merasa malu? Kamu mengumpulkan apa yang tidak kamu makan, kamu berangan tentang apa yang tidak kamu akan dapati, dan kamu membina bangunan yang tidak akan kamu tinggal di dalamnya!.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis nombor 3228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم المنذر – رضي الله عنها -، قالت: اطلع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذات عشية إلى الناس، فقال: ((أيها الناس! أما تستحون؟! تجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون، وتبنون ما لا تعمرون!)). [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ((الضعيفة)) (4976)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ummul Munzir RA berkata: Rasulullah SAW pada suatu malam bersabda kepada orang ramai: ((Wahai Manusia! Tidakkah kamu merasa malu? Kamu mengumpulkan apa yang tidak kamu makan, kamu berangan tentang apa yang tidak kamu akan dapati, dan kamu membina bangunan yang tidak akan kamu tinggal di dalamnya!.))
[Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Qasr al-Amal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4976].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.