Jika ditimbang antara sifat takut dan sifat pengharapan orang mukmin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو وزن خوف المؤمن ورجاؤه لاعتدلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika ditimbang antara sifat takut dan sifat pengharapan orang mukmin, nescaya pasti akan sama (timbangannya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْمَقَاصِد «لَوْ وُزِنَ خَوْفُ الْمُؤْمِنِ وَرَجَاؤُهُ لاعْتَدَلا» لَا أَصْلَ لَهُ مَرْفُوعًا وَإِنَّمَا هُوَ عَن بعض السّلف.

Dalam kitab Al-Maqasid, "Jika ditimbang antara sifat takut dan sifat pengharapan orang mukmin, nescaya pasti akan sama (timbangannya)”. Hadis ini tiada dalil (tiada asal) untuk dikatakan ia marfu’ (disandar pada Nabi SAW). Ia merupakan kata-kata sebahagian salaf.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.