Aku adalah suatu gedung yang tidak dikenali, maka Aku suka untuk dikenali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كُنْتُ كَنْزًا لَا أُعْرَفُ فَأَحْبَبْتُ أَنْ أُعْرَفَ فَخَلَقْتُ خَلْقًا فَعَرَّفْتُهُمْ بِي فعرفوني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah suatu gedung yang tidak dikenali, maka Aku suka untuk dikenali. Oleh itu, Aku mencipta makhluk, kemudian Aku memperkenalkan mereka tentang diri-Ku lalu mereka mengenali-Ku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«كُنْتُ كَنْزًا لَا أُعْرَفُ فَأَحْبَبْتُ أَنْ أُعْرَفَ فَخَلَقْتُ خَلْقًا فَعَرَّفْتُهُمْ بِي فعرفوني» قَالَ ابْن تَيْمِية لَيْسَ من الحَدِيث وَلَا يعرف لَهُ سَنَد صَحِيح وَلَا ضَعِيف وَتَبعهُ الزَّرْكَشِيّ وَشَيخنَا، وَفِي الذيل قَالَ ابْن تَيْمِية مَوْضُوع وَهُوَ كَمَا قَالَ.

“Aku adalah suatu gedung yang tidak dikenali, maka Aku suka untuk dikenali. Oleh itu, Aku mencipta makhluk, kemudian Aku memperkenalkan mereka tentang diri-Ku lalu mereka mengenali-Ku". Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa ia bukan hadis, beliau tidak ketahui hadis ini memiliki sanad yang sahih atau dhaif (lemah). Pandangan ini diikuti oleh Al-Zarkasyi dan guru kami. Dalam kitab Al-Zayl: Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa ia hadis palsu, justeru, statusnya sepertimana yang beliau sebutkan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.