Jika Baginda reda akan sesuatu perkara, Baginda akan hanya mendiamkan diri

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رضي شيئا سكت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Baginda reda akan sesuatu perkara, Baginda akan hanya mendiamkan diri.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis nombor 5482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سهيل بن سعد رضي الله عنه قال: دخلت المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم في الصلاة فصفيت فلما انصرف النبي صلى الله عليه وسلم رآني أركع ركعتين فقال: ما هاتان الركعتان؟ قلت: يا رسول الله جئت وقد أقيمت الصلاة فأحببت أن أدرك معك الصلاة ثم أصلي فسكت. وكان إذا رضي شيئًا سكت. [أبو نعيم في المعرفة، الضعيفة (5922)]

(Sangat lemah) Daripada Suhail bin Sa‘ad RA, beliau berkata: Aku masuk ke dalam masjid dalam keadaan Nabi SAW sudah mula mendirikan solat, maka aku pun masuk ke dalam saf. Apabila Baginda selesai solat, Baginda terlihat aku sedang mendirikan dua rakaat. Baginda bertanya: Dua rakaat apakah tadi? Aku memberitahu: Wahai Rasulullah, aku datang ke masjid, namun solat sudah didirikan. Maka aku mahu mengikut solat bersamamu, selepas itu aku solat. Baginda SAW hanya berdiam diri. Jika Baginda reda akan sesuatu perkara, Baginda akan hanya mendiamkan diri. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5922]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs