Jika salah seorang isteri Baginda SAW ditimpa penyakit mata

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رمدت عين امرأة من نسائه لم يأتها حتى تبرأ عينها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika salah seorang isteri Baginda SAW ditimpa penyakit mata, Baginda tidak akan mendatanginya sehingga dia sembuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis nombor 5483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: كان إذا رمدت عين امرأة من نسائه لم يأتها حتى تبرأ عينها. [أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5923)]

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Jika salah seorang isteri Baginda SAW ditimpa penyakit mata, Baginda tidak akan mendatanginya sehingga dia sembuh. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5923]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs