Jika Allah SWT hendak turun ke langit dunia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا أراد الله أن ينزل إلى السماء الدنيا نزل عن عرشه بذاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika Allah SWT hendak turun ke langit dunia, Dia akan turun dari Arasy-Nya dengan Zat-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 35, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: محدثه دجال.

Ali Qari berkata: Orang yang mereka-rekanya adalah Dajjal (Pendusta).

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon