TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا أتت على أمتي ثلثمائة وستون سنة، فقد حلت لهم العزبة والترهب على رؤوس الجبال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika umatku telah melepasi tahun 360, maka halal bagi mereka hidup membujang dan menjadi rahib di puncak-puncak gunung.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 34, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، بل قال ابن قيم الجوزية: أحاديث مدح العزوبة، كلها باطلة.
Palsu, bahkan Ibn Qayyim al-Jauziyah berkata: Hadith-hadith memuji hidup membujang semuanya batil.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.