Jika Allah mengetahui ada kebaikan pada orang yang telah dikembiri itu, nescaya Allah akan mengeluarkan zuriat yang mengesakan Allah daripada sulbi-sulbi mereka

TEKS BAHASA ARAB

لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية توحد الله، ولكنه علم أنه لا خير فيهم فأجبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mengetahui ada kebaikan pada orang yang telah dikembiri itu, nescaya Allah akan mengeluarkan zuriat yang mengesakan Allah daripada sulbi-sulbi mereka. Namun, Dia mengetahui bahawasanya tiada kebaikan pada mereka, maka Dia memutuskan (keturunan) mereka.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 90, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية توحد الله، ولكنه علم أنه لا خير فيهم فأجبهم". لا يصح.

Juga hadis: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan pada orang yang telah dikembiri itu, nescaya Allah akan mengeluarkan zuriat yang mengesakan Allah daripada sulbi-sulbi mereka. Namun, Dia mengetahui bahawasanya tiada kebaikan pada mereka, maka Dia memutuskan (keturunan) mereka". (Hadis ini) tidak sahih.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.