Semua apa yang diriwayatkan berkenaan mereka (orang yang telah dikembiri) daripada pujian atau celaan

TEKS BAHASA ARAB

كل ما ورد فيهم [الخصيان] من مدح أو قدح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua apa yang diriwayatkan berkenaan mereka (orang yang telah dikembiri) daripada pujian atau celaan.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 90-91, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكذلك [لا يصح] كل ما ورد فيهم من مدح أو قدح.
نعم نقل البيهقي عن الشافعي أنه قال:
"أربعة لا يعبأ الله بهم يوم القيامة: زهد خصي، وتقوى جندي، وأمانة امرأة، وعبادة صبي". ولعله محمول على الغالب.

Demikian juga (tidak sahih) semua apa yang diriwayatkan berkenaan mereka (orang yang telah dikembiri) daripada pujian atau celaan.
Ya, al-Baihaqi telah memetik (kata-kata) daripada al-Syafi’i bahawa dia berkata:
"Empat (golongan) yang mana Allah tidak pedulikan mereka pada hari kiamat: Zuhud orang yang dikembiri, takwa seorang tentera, amanah seorang perempuan, dan ibadat seorang anak kecil". Kemungkinan ia ditanggung (dimaksudkan) dengan kebiasaannya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.