Jijik sekali hammam (rumah mandi awam) itu

TEKS BAHASA ARAB

أف للحمام! حجاب لا يستر، وماء لا يطهر لا يحل لرجل أن يدخله إلا بمنديل، مروا المسلمين لا يفتنون نساءهم، الرجال قوامون على النساء، علموهن ومروهن بالتسبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jijik sekali hammam (rumah mandi keramaian) itu, di dalamnya berlaku dosa membuka aurat, dan airnya pula bukanlah air yang bersih. Tidak dibenarkan bagi mana-mana lelaki untuk memasukinya melainkan dengan tuala (bagi menutupi bahagian auratnya). Perintahkan pada lelaki muslimin agar wanita-wanita mereka daripada terkena fitnah (dari sebab mereka saling bertemu di pusat mandi awam dan dikhuatiri mereka akan saling menceritakan sifat tubuh badan masing-masing kepada ahli keluarga mereka atau lelaki asing yang lain sehingga menyebabkan boleh berlakunya gangguan dan zina), Para lelaki itu adalah pelindung kaum wanita, ajarkanlah dan perintahkanlah wanita-wanita kalian agar melakukan tasbih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643, hadis nombor 8308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عاثشة -رضي الله عنها- قالت، قال صلى الله عليه وآله وسلم : ((أُفٍّ لِلْحَمَّامِ! حِجَابٌ لَا يَسْتُرُ، وَمَاءٌ لَا يُطَهِّرُ لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يَدْخُلَهُ إِلَّا بِمِنْدِيلٍ، مُرُوا الْمُسْلِمِينَ لَا يَفْتِنُونَ نِسَاءَهُمْ، الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ، عَلِّمُوهُنَّ وَمُرُوهُنَّ بِالتَّسْبِيحِ)). [هب، ((الضعيفة)) (7038)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Jijik sekali hammam (rumah mandi awam) itu, di dalamnya berlaku dosa membuka aurat, dan airnya pula bukanlah air yang bersih. Tidak dibenarkan bagi mana-mana lelaki untuk memasukinya melainkan dengan tuala (bagi menutupi bahagian auratnya). Perintahkan pada lelaki muslimin agar wanita-wanita mereka daripada terkena fitnah (dari sebab mereka saling bertemu di pusat mandi awam dan dikhuatiri mereka akan saling menceritakan sifat tubuh badan masing-masing kepada ahli keluarga mereka atau lelaki asing yang lain sehingga menyebabkan boleh berlakunya gangguan dan zina), Para lelaki itu adalah pelindung kaum wanita, ajarkanlah dan perintahkanlah wanita-wanita kalian agar melakukan tasbih.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7038].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.