Sesungguhnya bumi akan dibukakan untukmu dan kamu akan dicukupkan segala keperluan

TEKS BAHASA ARAB

إن الأرض ستفتح عليكم وتكفون المؤنة؛ فلا يعجز أحدكم أن يلهو بأسهمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bumi akan dibukakan untukmu dan kamu akan dicukupkan segala keperluan, maka janganlah salah seorang di antara kamu menyerah untuk bermain dengan anak panahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1644, hadis nombor 8312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عمرو بن عطية -رضي الله عنه-، قال : قال صلى الله عليه وسلم : ((إِنَّ الأَرْضَ سَتُفْتَحُ عَلَيْكُمْ وَتُكْفَوْنَ الْمَؤُنَةَ؛ فَلا يَعْجَزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَلْهُوَ بِأَسْهُمِهِ)). [طب، ((الضعيفة)) (7066)].

(Lemah)
Daripada Amru Bin Atiyyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bumi akan dibukakan untukmu dan kamu akan dicukupkan segala keperluan, maka janganlah salah seorang di antara kamu merasa lemah untuk bermain dengan anak panahnya (yakni berusaha))).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7066].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs