Jibril AS telah datang kepadaku dengan buah safarjal dari syurga

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام بسفرجلة من الجنة؛ فأكلتها ليلة أسرِي بي، فعلقت خديجة بفاطمة، فكنت إذا اشتقت إلى رائحة الجنة؛ شممت رقبة فاطمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril AS telah datang kepadaku dengan buah safarjal dari syurga. Maka aku memakannya pada malam aku diisrakkan. Kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah. Jika aku rindukan bau-bauan syurga, aku akan menghidu bau leher Fatimah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1888, hadis nombor 9509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سعد بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: (( أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام بسفرجلة من الجنة؛ فأكلتها ليلة أسري بي، فعلقت خديجة بفاطمة، فكنت إذا اشتقت إلى رائحة الجنة؛ شممت رقبة فاطمة)). [ك، ((الضعيفة)) (5027)].

(Palsu) Daripada Sa’ad bin Malik RA berkata (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jibril AS telah datang kepadaku dengan buah safarjal dari syurga. Maka aku memakannya pada malam aku diisrakkan. Kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah. Jika aku rindukan bau-bauan syurga, aku akan menghidu bau leher Fatimah." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5027]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs