Ketika kami bersama Nabi SAW, ‘Ali bin Abi Talib pun datang

TEKS BAHASA ARAB

كنا عند النبي، فأقبل علي بن أبي طالب، فقال النبي: «قد أتاكم أخي». ثم التفت إلى الكعبة فضربها بيده ثم قال: «والذي نفسي بيده! إن هذا وشیعته لهم الفائزون يوم القيامة. ثم قال: إنه أولكم إيمانا معي، وأوفاكم بعهد الله، وأقومكم بأمر الله، وأعدلكم في الرعية، وأقسمكم بالسوية، وأعظمكم عند الله مزية. قال: ونزلت: [إن الذين ءامنوا وعملوا الصالحت أولئك هم خير البرية]. قال: فكان أصحاب محمد إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kami bersama Nabi SAW, ‘Ali bin Abi Talib pun datang. Kemudian baginda bersabda: “Saudaraku telah datang berjumpa kalian.” Kemudian baginda menoleh ke arah kaabah dan memukulnya dengan tangannya seraya berkata: “Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya dia (‘Ali) dan pengikutnya ialah orang yang menang di hari kiamat.” Kemudian baginda menambah: “Sesungguhnya dia antara yang terawal beriman denganku, paling setia dengan janji Allah, paling cemerlang pada menunaikan suruhan Allah, paling adil dalam urusan rakyat jelata, paling saksama dalam pengagihan dan paling hebat kualitinya di sisi Allah dalam kalangan kalian.” Kemudian baginda bersabda: “Dan turunlah ayat: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.” Jabir berkata: “Para sahabat Nabi SAW tatkala ‘Ali datang, mereka akan menyebut: “Telah datang kepada kami sebaik-baik makhluk.”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1880-1881, hadis nombor 9474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنها-، قال: كنا عند النبي، فأقبل علي بن أبي طالب، فقال النبي: ((قد أتاكم أخي)). ثم التفت إلى الكعبة فضربها بيده ثم قال: ((والذي نفسي بيده! إن هذا وشیعته لهم الفائزون يوم القيامة)). ثم قال: ((إنه أولكم إيمانا معي، وأوفاكم بعهد الله، وأقومكم بأمر الله، وأعدلكم في الرعية، وأقسمكم بالسوية، وأعظمكم عند الله مزية)). قال: ونزلت: [إن الذين ءامنوا وعملوا الصلحت أولئك هم خير البرية]. قال: فكان أصحاب محمد إذا أقبل علي قالوا: قد جاء خير البرية. [ابن عساکر، ((الضعيفة)) (9425)]

(Palsu) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, berkata: Ketika kami bersama Nabi SAW, ‘Ali bin Abi Talib pun datang. Kemudian baginda bersabda: “Saudaraku telah datang berjumpa kalian.” Kemudian baginda menoleh ke arah kaabah dan memukulnya dengan tangannya seraya berkata: “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Sesungguhnya dia (‘Ali) dan pengikutnya ialah orang yang menang di hari kiamat.” Kemudian baginda menambah: “Sesungguhnya dia antara yang terawal beriman denganku, paling setia dengan janji Allah, paling cemerlang pada menunaikan suruhan Allah, paling adil dalam urusan rakyat jelata, paling saksama dalam pengagihan dan paling hebat kualitinya di sisi Allah dalam kalangan kalian.” Kemudian baginda bersabda: “Dan turunlah ayat: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.” Jabir berkata: “Para sahabat Nabi SAW tatkala ‘Ali datang, mereka akan menyebut: “Telah datang kepada kami sebaik-baik makhluk.”. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (4925)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs