TEKS BAHASA ARAB
إياكم ومحادثة النساء؛ فإنه لا يخلو رجل بامرأة ليس لها محرم إلا هم بها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jauhilah kalian daripada perbualan dengan wanita. Sesungguhnya tidak akan aman seorang lelaki dengan wanita yang tiada mahramnya kecuali lelaki tersebut menghendakinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis nombor 4985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سعد بن مسعود قال، قال رسول الله ﷺ: إياكم ومحادثة النساء، فإنه لا يخلوا رجل بامرأة ليس لها محرم إلا هم بها.
[الحكيم الترمذي في ((كتاب أسرار الحج))، ((الضعيفة)) 6057].
(Lemah)
Daripada Sa’ad bin Mas’ud dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kalian daripada perbualan dengan wanita. Sesungguhnya tidak akan aman seorang lelaki dengan wanita yang tiada mahramnya kecuali lelaki tersebut menghendakinya.
[Riwayat al-Hakim al-Tirmizi dalam Asrar al-Hajj. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6057].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.