Apabila orang Islam membenci ulama mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قراءهم) ، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (والرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصالٍ: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila orang Islam membenci ulama mereka (dalam riwayat lain: pembaca al-Quran mereka), menunjukkan kemewahan pasar-pasar mereka, saling mengahwinkan (dalam riwayat lain: saling memasangkan) anak-anak mereka dengan harga yang mahal, nescaya Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau yang panjang, kezaliman pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa dan serangan (dalam riwayat: gangguan) daripada musuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis nombor 4986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قراءهم)، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (الرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله – عز وجل – بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو.
[ك، فر، ((الضعيفة)) 6609].

(Munkar)
Daripada Ali RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila orang Islam membenci ulama mereka (dalam riwayat lain: pembaca al-Quran mereka), menunjukkan kemewahan pasar-pasar mereka, saling mengahwinkan (dalam riwayat lain: saling memasangkan) anak-anak mereka dengan harga yang mahal, nescaya Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau yang panjang, kezaliman pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa dan serangan (dalam riwayat: gangguan) daripada musuh.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6609].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.