Janganlah kamu melapangkan tempat duduk

TEKS BAHASA ARAB

لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan untuk tiga orang: Untuk seseorang yang mempunyai ilmu disebabkan ilmunya, untuk seseorang yang berusia disebabkan usianya, dan untuk seorang pemerintah disebabkan kekuasaannya.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا توسع المجالس إلا لثلاثة : لذي علم لعلمه ، ولذي سن لسنه ، ولذي سلطان لسلطانه.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6809)]

(Syaz)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan untuk tiga orang: Untuk seseorang yang mempunyai ilmu disebabkan ilmunya, untuk seseorang yang berusia disebabkan usianya, dan untuk seorang pemerintah disebabkan kekuasaannya.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Abu Nu’aim dalam Akhbar al-Asbahan, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6809]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs