Istana di syurga daripada permata, di dalamnya ada 70 buah bangunan yang diperbuat daripada permata Yaqut yang berwarna merah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قصر في الجنة من لؤلؤة، فيها سبعون دارا من ياقوتة حمراء، في كل دار سبعون بيتا من زمردة خضراء، في كل بيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون فراشا من كل لون، على كل فراش امرأة [من الحور العين]. في كل بيت سبعون مائدة، على كل مائدة سبعون لونا من الطعام، في كل بيت سبعون وصيفا ووصيفة، ويعطى المؤمن من القوة ما يأتي على ذلك كله في غداة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Istana di syurga daripada permata, di dalamnya ada 70 buah bangunan yang diperbuat daripada permata Yaqut yang berwarna merah. Di dalam setiap bangunan ada 70 buah rumah yang diperbuat daripada Zamrud berwarna hijau. Di dalam setiap rumah ada 70 buah katil, di atas katil ada 70 buah tilam daripada pelbagai warna. Di atas setiap tilam ada 70 orang wanita (dalam kalangan Hur al-Ain). Dalam setiap rumah ada 70 buah hidangan, pada setiap hidangan ada 70 jenis makanan. Di dalam setiap rumah juga terdapat 70 orang khadam lelaki dan perempuan. Setiap mukmin diberikan kekuatan untuk mendatangi kesemuanya itu dalam satu hari sahaja.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 698, hadis nombor 3581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عمران بن الحصين وأبي هريرة -رضي الله عنهما-، قالا: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن قوله: {ومساكن طيبة في جنات عدن} [التوبة: ٧٢]، قال: ((قصر في الجنة من لؤلؤة، فيها سبعون دارا من ياقوتة حمراء، في كل دار سبعون بيتا من زمردة خضراء، في كل بيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون فراشا من كل لون، على كل فراش امرأة [من الحور العين]. في كل بيت سبعون مائدة، على كل مائدة سبعون لونا من الطعام، في كل بيت سبعون وصيفا ووصيفة، ويعطى المؤمن من القوة ما يأتي على ذلك كله في غداة واحدة)). [البزار، ابن جرير، ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، طب، طس، الحسين المروزي في ((زيادات الزهد))، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، البيهقي في ((البعث))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (٦٧٠٦)]

(Sangat Munkar) Daripada ‘Imrān bin al-Huṣain dan Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW ditanya tentang firman Allah: {Tempat-tempat yang baik dalam syurga Adn} [Surah al-Taubah ayat 72]. Baginda bersabda: Istana di syurga daripada permata, di dalamnya ada 70 buah bangunan yang diperbuat daripada permata Yaqut yang berwarna merah. Di dalam setiap bangunan ada 70 buah rumah yang diperbuat daripada Zamrud berwarna hijau. Di dalam setiap rumah ada 70 buah katil, di atas katil ada 70 buah tilam daripada pelbagai warna. Di atas setiap tilam ada 70 orang wanita (dalam kalangan Hur al-Ain). Dalam setiap rumah ada 70 buah hidangan, pada setiap hidangan ada 70 jenis makanan. Di dalam setiap rumah juga terdapat 70 orang khadam lelaki dan perempuan. Setiap mukmin diberikan kekuatan untuk mendatangi kesemuanya itu dalam satu hari sahaja. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, Ibn Jarīr dalam Tafsīrnya, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ṣifat al-Jannah, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Awsaṭ, al-Marwazī dalam Ziyādāt al-Zuhd, Abū Nu‘aim dalam Ṣifat al-Jannah, al-Baihaqī dalam al-Ba‘th, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6706]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.