Allah berfirman: Tiga perkara Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال الله: ثلاثة ‌أنا ‌خصمهم يوم القيامة، [ومن كنت خصمه؛ خصمته]: رجل أعطى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يعط (وفي رواية: ولم يوفه) أجره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berfirman: Tiga perkara Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat [Siapa yang Aku memusuhinya, Aku memusuhinya]: Seorang lelaki yang memberi perjanjian dengan nama-Ku kemudian dia mengkhianatinya, seorang lelaki yang menjual seorang yang merdeka dan memakan harganya. Juga seorang lelaki yang mengambil pekerja, lalu pekerja tersebut melaksanakan tugasnya namun tidak memberi (Dalam riwayat: Tidak melunaskan) upahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 698, hadis nombor 3583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((قال الله: ثلاثة ‌أنا ‌خصمهم يوم القيامة، [ومن كنت خصمه؛ خصمته]: رجل أعطى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يعط (وفي رواية: ولم يوفه) أجره)). [خ، البغوي، ه، حب، ابن الجارود، الطحاوي في ((المشكل))، هق، حم، ع، طص، ((الضعيفة)) (٦٧٦٣)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Tiga perkara Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat [Siapa yang Aku memusuhinya, Aku memusuhinya]: Seorang lelaki yang memberi perjanjian dengan nama-Ku kemudian dia mengkhianatinya, seorang lelaki yang menjual seorang yang merdeka dan memakan harganya. Juga seorang lelaki yang mengambil pekerja, lalu pekerja tersebut melaksanakan tugasnya namun tidak memberi (Dalam riwayat: Tidak melunaskan) upahnya. [Riwayat al-Imām al-Bukhārī dalam Ṣaḥīḥnya, al-Baghawī dalam Syarḥ al-Sunnah, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ, Ibn al-Jārūd dalam al-Muntaqā, al-Ṭaḥāwī dalam Musykil al-Ātsār, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6763]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.