TEKS BAHASA ARAB
كان إذا خطب المرأة قال: اذكروا لها جفنة سعد بن عبادة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila baginda SAW meminang wanita, baginda mengucapkan: Ingatkan dia berkenaan bekas makanan Sa‘ad bin ‘Ubādah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي بكر بن محمد بن عمرو بن حزم، قال: كان ﷺ إذا خطب المرأة، قال: ((اذكروا لها جفنة سعد بن عبادة)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (٢١٤٦، ٤٢٤٧)]
(Lemah) Daripada Abū Bakr bin Muhammad bin ‘Amr bin Ḥazm, beliau berkata: Apabila baginda SAW meminang wanita, baginda mengucapkan: Ingatkan dia berkenaan bekas makanan Sa‘ad bin ‘Ubādah. [Riwayat Ibn Sa’ad dalam kitab al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2146, 4247]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.