TEKS BAHASA ARAB
كان إذا خلا في بيته؛ ألين الناس، وأكرم الناس، ضحاكا بساما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, baginda merupakan selembut-lembut manusia, dan manusia yang paling mulia, suka tertawa dan tersenyum.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: ((كان ﷺ إذا خلا في بيته؛ ألين الناس، وأكرم الناس، ضحاكا بساما)). [ابن سعد، الخرائطي، عد، تمام، ((الضعيفة)) (٤١٨٥)]
(Lemah) Daripada ‘Ā`ishah RA, beliau berkata: Nabi SAW apabila berada di dalam rumah, baginda merupakan selembut-lembut manusia, dan manusia yang paling mulia, suka tertawa dan tersenyum. [Riwayat Ibn Sa’ad dalam kitab al-Ṭabaqāt, al-Kharā’iṭī, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Tammām dalam al-Fawā`id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4185]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.